Kad Raya Yang Semakin Pupus

Kesenian Yang Semakin Hilang: Kad Raya


Seiring dengan era pemodenan dunia dengan teknologi-teknologi sophisticated dan kompleks serta mudah, seni-seni yang simple serta lebih manis seakan dilupakan dan makin lama barangkali akan terpupus di dunia ni. Ya, aku bercakap mengenai seni-seni mudah seperti kad raya.

Kalau dulu, kita boleh mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang lain melalui kad raya yang cantik dan unik. Serta kad-kad tersebut akan di ikat dan dijadikan salah satu decoration yang cantik untuk rumah. Kanak-kanak menggunakan kreativiti sendiri dengan melukis kad raya kepada ibu bapa, kawan-kawan, guru dan sebagainya.


Seraya dengan pembangunan teknologi, kita dapat lihat bagaimana kad-kad raya ini digantikan dengan kad-kad digital melalui email, mms, facebook dan sebagainya. Keseronokan dalam menerima kad raya sekarang ibarat sudah tidak dirasai dah. Dan keseronokan membuat kad raya juga semakin menipis sebab digantikan dengan teknologi zaman sekarang.

Aku still ingat sewaktu aku kecil dulu, aku suka ke kedai untuk memilih kad-kad raya yang cantik serta unik untuk diberi kepada orang lain. Tapi sekarang ni tiada lagi. Aku pusing-pusing serata tempat, memang agak susah kalau nak cari kad raya. Kalau ada pun, semuanya berdekoratif yang dull serta tidak menarik. Aku harap sangat suatu hari nanti, pemberian kad raya ni menjadi trend kembali. Bukan setakat melalui arus digital sahaja. Ye la kan, sekarang ni sangat mudah. Kadang-kadang just tekan butang "share" je dah boleh sampaikan ucapan raya tu. Tak thrill langsung.


Sekarang ni, kalau ada pun, mesti pemberian dari syarikat ke syarikat lain. Atau pun syarikat kepada client-client mereka sahaja. Eh, maybe aku je kot yang rindukan zaman golden ages dulu. Bila semuanya manual. Sekarang ni dah terlalu mudah.

p/s: Dulu suka beli kad raya yang siap ada muzik lagi... :)